Friday, May 19, 2006

Masjid Nabawi, Dinihari


Sehabis solat dan zikir, kita pun bergegas keluar
merebut butir-butir waktu, di antara ada dan tiada
dalam diam syahdu, kita pun menatap
qubah hijau di bawah sayap fajar

Masjid Nabawi, dinihari
terlalu hebat kulihat cahayamu
sejuk dan dingin di bawah payung rahmatmu

Tapi betapa lekas tak terduga
warna subuh menipis langit
meninggalkan jejak malaikat di pelupuk pagi

Ah, waktu tidak menunggu kita di sini
kita pun termangu sebelum sempat berkata
sebelum sempat menghabiskan doa.

Wan A. Rafar
Madinah, 1982

(Saya teringat sajak ini (tersiar dalam Berita Minggu, 13 November 1983) setelah membaca laporan Jiwarasa dalam blognya hari ini. Beliau melahirkan kekagumannya sama dengan saya setelah menatap keindahan Masjid Nabawi.)

4 Comments:

Blogger Unknown said...

Pak Wan,

Tiba-tiba sahaja saya terkenang betapa nyamannya udara pagi di masjid Nabi. rasa tenang dan sayu yang tidak dapat digambarkan...

2:41 PM  
Blogger ufukhati said...

Wan,

Walaupun ada sejuta masjid, manakan sama Masjid Haram dan Masjid Nabawi (kini).
Bagai mengimbau sejarah gelap mengenangkan Masjid al-Aqsa.
Pasti ada lagi refleksi barakah berkait dengan Masid Nabawi dari kalbu Sdr.

5:39 PM  
Blogger Jong said...

Salam,
Rindu saya pada Rasulullah tak terkata...kerana itu saya tuliskan sebuah novel dedikasi buat baginda...
dan puisi ini menambah rindu saya. Moga kita dapat syafaatnya Insya-allah.

12:05 AM  
Blogger Wan A. Rafar said...

Insya Allah.

8:31 AM  

Post a Comment

<< Home